AMPANG JAYA – Sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam tebing dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 4.35 pagi.
Katanya, selain polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)turut dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal polis mendapati lokasi kejadian merupakan parkir awam terletak bersebelahan longkang besar.
“Terdapat sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan di situ terjatuh ke dalam runtuhan tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, pihak berkuasa sedang menunggu analisa pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan berkenaan dan tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE.