fbpx

[VIDEO] Datang senyum, selesai fail cerai, Diana masam kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA Danielle tidak memberi sebarang respons sebaik selesai memfailkan cerai di mahkamah hari ini.

KUALA LUMPUR – Seperti bertukar watak, pelakon Diana Danielle memilih untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang komen selepas urusan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Reaksi Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, dilihat lebih dingin berbanding ketika tiba di mahkamah setengah jam sebelum itu.

Diana yang tidak memberi sebarang respons meski diasak dengan soalan daripada pengamal media juga hanya berjalan tenang ke arah kenderaannya di pekarangan mahkamah.

Hari ini, mahkamah juga turut menetapkan 20 November depan sebagai tarikh sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian.

Sementara, peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, Diana memfailkan cerai atas punca tiada persefahaman dan shiqaq (perbalahan) berpanjangan.

Sebelum itu, ketika tiba di mahkamah, Diana dalam busana serba hitam, hanya mengharapkan semua urusan perceraian mereka berjalan dengan baik selain berpendapat tiada keperluan sekiranya harus melalui proses mahkamah yang berpanjangan selepas ini.

Ini merupakan permohonan cerai kali kedua bintang Hanyut itu selepas sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia sembilan tahun. — KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI