fbpx

Bukan 1 tapi 56 objek asing ditemui dalam perut remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ujian imbasan menunjukkan antara objek yang berada di dalam perut remaja tersebut. - ETV Bharat

NEW DELHI – Sebanyak 56 objek termasuk bateri jam, pisau lipat, kuku dan beberapa bahan besi dikeluarkan dari perut seorang remaja dalam satu pembedahan di Delhi, lapor laman berita India Today kelmarin.

Remaja lelaki berusia 15 tahun tersebut sebelum itu mengadu mengalami sakit perut yang teruk sebelum dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Selepas melakukan ujian ultra bunyi, doktor mengesan terdapat 19 objek di dalam perut remaja tersebut sebelum pembedahan dilakukan pada 27 Oktober lalu.

Pasukan perubatan kemudian terkejut apabila mendapati sebanyak 56 objek asing dengan kebanyakannya besi berada di dalam perut pesakit.

Kesemua objek tersebut berjaya dikeluarkan, namun remaja berkenaan meninggal dunia sehari selepas pembedahan akibat komplikasi yang dialami.

Pakar-pakar bagaimanapun masih tidak menemui jawapan tentang bagaimana kesemua objek itu berada di dalam perut remaja berkenaan.

Tiada sebarang tanda-tanda kecederaan pada mulut atau tekaknya untuk menunjukkan bahawa objek-objek itu ditelan secara sengaja atau tidak sengaja. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI