fbpx

Gabit berjuang lawan kanser hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GABIT (kiri) tetap melatih pelumba yang memerlukan khidmatnya untuk menampung kos kehidupan seharian.

PELUMBA negara, Muhamad Habibullah Mohd. Saleh sama sekali tidak luntur semangat selepas dimaklumkan barah hidung dihadapinya pada 2021 kembali menyerangnya dan lebih menyedihkan penyakit berbahaya tersebut menyebabkan penglihatannya turut terjejas.

Habibullah yang mesra dengan panggilan Gabit mengakui barah hidung tahap empat tersebut telah pulih sepenuhnya selepas menjalani beberapa rawatan kemoterapi, namun Institut Kanser Negara (IKN) mengesahkan barah itu kembali menyerangnya beberapa hari lalu.

“Pada tahun 2021 saya hidap kanser dan selepas menjalani rawatan saya dimaklumkan bebas kanser hidung tahap empat tetapi empat hari lepas selepas buat CT Scan di IKN, kanser datang balik dan perlu buat rawatan kemoterapi semula. Cuma doktor tak maklum tahap berapa.

“Tipulah kalau saya cakap tak sedih, saya tak okey kerana ketika ini kesan sampingan yang saya hadapi lebih kuat dari 2021. Saya bercakap ketika ini juga gusi rasa berdenyut, bibir rasa kebas, lidah juga kadang kala tarik saraf.

“Mata saya sebelah kanan tak nampak, juling lari ke kiri, jadi saya terpaksa kaburkan cermin mata. Mungkin saya rasa macam nak ke arah angin ahmar atau strok. Saya cuma tak nak putus asa dan semangat untuk datang ke sini,” katanya ketika ditemui pada pelancaran topi keledar MKA Group di Litar Sepang Antarabangsa (SIC) pada Jumaat lalu.

Ditanya mengenai bentuk sumbangan, Gabit mengakui tidak meminta kepada mana-mana pihak dan cuma mengharapkan doa daripada peminat dan kenalan yang mengenalinya.

“Buat masa ini memang tak ada mana-mana bantuan, cuma 2021 ada MAM dan KBS kerana ketika itu ada masalah kewangan hingga terpaksa hentikan kemoterapi. Selepas dikesan menghidap barah sekali lagi, saya hanya mahu orang ramai terus mendoakan saya,” ujarnya.

Tegasnya, walaupun dalam keadaan sakit, dia masih meneruskan kerja melatih pelumba yang memerlukan khidmatnya untuk menampung kos kehidupan seharian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI