fbpx

‘Budak ajaib’ Moto3 cipta sejarah MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO (kiri) merekodkan kemenangan keenam berturut-turut selepas menjuarai kelas Moto3 GP Malaysia semalam. - FARIZ RUSADIO

SEPANG – Pelumba muda berusia 18 tahun, David Alonso layak digelar ‘budak ajaib’ apabila berjaya menjulang 13 kemenangan dalam kelas Moto3 selepas muncul juara Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Biarpun telah menoktahkan gelaran dunia Moto3 pada GP Jepun awal bulan lalu, pelumba berasal dari Colombia itu tidak memperlahankan tunggangannya yang terbukti ketika menjuarai GP Malaysia sekali gus melebarkan kemenangan buat kali keenam berturut-turut.

Kemenangan di Sepang juga meletakkan Alonso dengan status sebagai ‘Greatest of All Time’ (GOAT) apabila menjadi pelumba paling banyak memenangi kemenangan GP.

Sebelum ini, dia mencipta rekod baharu dengan mengatasi rekod milik legenda Itali, Valentino Rossi yang berusia 27 tahun pada GP Thailand minggu lalu.

Alonso memadam rekod yang dicipta Rossi pada 1997 ketika era perlumbaan 125cc bersama jentera Aprilia.

Bagaimanapun, Alonso enggan meraikan kejayaan tersebut bagi menghormati banjir besar melanda di Valencia, Sepanyol dan turut mahu menyumbang hadiah kemenangan di Malaysia kepada mangsa yang terkesan.

“Maaf semua, saya tidak dapat meraikan kemenangan ini kerana satu alasan demi mangsa banjir di Valencia. Sukar untuk saya mengawal fikiran saya pada perlumbaan ini dan hanya berusaha melakukan terbaik di sini. Kemenangan ini adalah buat mereka.

“Saya juga mahu menggunakan wang kemenangan dan bonus untuk menyalurkan sumbangan ke Valencia. Saya ingin membantu mereka dan perkara ini lebih penting daripada segalanya,” kata Alonso yang beraksi bersama pasukan CFMoto Gaviota Aspar Team.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI