AKTRES senior Hollywood iaitu Nicole Kidman tidak melihat usia 60 tahun sebagai penghalang untuk tampil cantik dan mempesona di hadapan kamera.
Buktinya, ibu empat anak itu masih berani melakukan babak seksual dalam filem thriller erotik iaitu Babygirl yang dijadualkan memulakan tayangan Disember depan.
Kata Kidman, 57, sebagai wanita yang berfikiran matang, babak ‘panas’ itu tidak memberi kesan kepada dirinya.
“Boleh dikatakan filem ini paling ‘terdedah’ pernah saya rasa di hadapan kamera. Saya telah buat banyak beberapa filem yang mendedahkan, tetapi tidak seperti ini.
“Filem ini memang sangat meletihkan dan kalau boleh, saya tidak mahu melakukannya lagi pada masa akan datang,” ujarnya.