fbpx

Peanut si tupai sensasi mati selepas dirampas agensi alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peanut mempunyai 537,000 pengikut di Instagram. - Instagram

BANDAR RAYA NEW YORK – Seekor tupai yang menjadi sensasi internet mati dibunuh oleh pegawai alam sekitar selepas ia dirampas daripada pemiliknya Rabu lalu, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar (DEC) Negeri New York merampas tupai bernama Peanut serta seekor rakun bernama Fred selepas agensi itu mengetahui haiwan-haiwan tersebut berkongsi kediaman dengan manusia.

“Ia mewujudkan potensi pendedahan manusia kepada penyakit rabies,” katanya dalam satu kenyataan bersama dengan Jabatan Kesihatan Daerah Chemung.

Kedua-dua Peanut dan Fred terpaksa dibunuh untuk menguji rabies, tambah kenyataan itu tanpa menjelaskan bila haiwan-haiwan tersebut dibunuh.

Ujarnya lagi, salah seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan ke atas Peanut dan Fred telah digigit oleh tupai itu.

“Pegawai sedang menyelaraskan usaha untuk memastikan perlindungan kesihatan awam berkaitan dengan pemilikan haram haiwan liar yang berpotensi membawa virus rabies,” jelasnya.

Peanut yang mempunyai  537,000 pengikut di Instagram, tinggal bersama pemiliknya, Mark Longo selama tujuh tahun selepas induknya mati dilanggar kereta di Bandar Raya New York.

Longo berkata, dia pernah cuba melepaskan Peanut kembali ke alam liar, namun tupai itu pulang ke rumahnya dengan keadaan salah satu tulangnya terkeluar dari bahagian ekor. – AGENSI

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI