fbpx

Kerjasama BN, PH akan diterjemah dalam PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid bercakap pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan KKDW di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

KUCHING – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan diterjemahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata formula yang sama akan digunakan, iaitu kerjasama dengan gabungan-gabungan lain dilakukan.

“Kita tidak akan tutup pintu perundingan dan kita tidak akan terlalu membuka pintu dengan besar.

“Ini adalah perundingan antara kepimpinan semua pemimpin parti-parti gabungan,” katanya pada sidang media selepas Sesi Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjangka PH akan terus menjalin kerjasama dengan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), dalam usaha untuk memastikan kestabilan politik negara.

Justeru, Zahid yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri menegaskan dalam menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung pada tahun depan, setiap gabungan parti akan menggunakan logo masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI