fbpx

Remaja 13 tahun maut melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja lelaki maut ketika cuba melintas jalan di Jalan Lendu Dalam, Melaka, malam tadi.

ALOR GAJAH – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi ketika melintas jalan di Jalan Lendu Dalam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa melintas secara tiba-tiba menyebabkan pemandu Myvi gagal untuk mengelaknya.

“Siasatan dilakukan menerusi rakaman papan pemuka Myvi terlibat dan mangsa dilihat melintas secara tiba-tiba lalu dirempuh kenderaan terbabit.

“Ketika kejadian Myvi tersebut yang juga merupakan kenderaan e-hailing dalam perjalanan dari arah Lendu, Alor Gajah menghala ke arah Rembia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, hasil soal siasat bersama pihak waris yang menetap di Jalan Lendu Bakti dekat sini juga tidak pasti ke mana arah tujuan remaja tersebut.

“Keluarganya juga tidak pasti remaja ini hendak ke mana.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI