fbpx

Seorang maut, tiga cedera kereta masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat kesemua mangsa dari tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Tatau-Bintulu, berdekatan Lapangan Terbang Bintulu pada awal pagi tadi.

BINTULU – Seorang wanita meninggal dunia manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Tatau-Bintulu, berdekatan Lapangan Terbang Bintulu pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 2.33 pagi, melibatkan sebuah kereta Toyota Avanza.

“Terdapat empat orang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Seorang mangsa meninggal dunia, dua mangsa berusia 50 dan 44 tahun cedera di kepala dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun patah kaki kanan dan kiri,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata anggota bomba bertindak membawa kesemua mangsa ke tempat yang selamat serta memberikan rawatan awal.

“Seterusnya kesemua mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI