fbpx

Tidak tahu larangan berkumpul, main banjir punca wanita dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RANTAU PANJANG – Seorang wanita merupakan antara salah seorang daripada 14 individu yang dikompaun selepas dikesan berkumpul beramai-ramai dan bermain banjir di pekan ini semalam.

Wanita itu dikompaun selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan ketika negara sedang berdepan penularan Covid-19 ketika ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas dia berkumpul secara beramai-ramai, tidak menjaga penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup separuh muka.

“Wanita itu memaklumkan bahawa dia tidak tahu mengenai larangan bermain banjir dan berkumpul beramai-ramai.

“Individu-individu lain yang dikesan bermain banjir turut dikenakan kompaun dalam operasi tersebut dan mereka turut memberikan alasan sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohamad Roy Suhaimi, kompaun yang dikeluarkan itu pada asalnya bukan kesalahan mereka bermain banjir, namun kegagalan mematuhi SOP.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI