KUANTAN – Selepas hampir 30 minit beraksi, pertembungan antara Sri Pahang dan Kuching City FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh terpaksa ditanguhkan ke tarikh lain akibat hujan lebat.
Pada perlawanan itu, skuad The Cats kendalian Aidil Sahril berjaya mendahului tuan rumah pada minit ke 13 hasil jaringan, Yuki Takigawa.
Bagaimanapun, perlawanan menjadi semakin sukar apabila keadaan padang yang bertakung dengan pergerakan pemain juga terbatas sekali gus menyaksikan komisioner perlawanan bersetuju untuk menangguhkan perlawanan ke tarikh yang baharu. – KOSMO! ONLINE