PONTIAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut selama tiga penggal, Saklon@Salehon Sengot, meninggal dunia di sebuah Pusat Perubatan Swasta di Johor Bahru, pagi ini.
Menurut anak sulongnya, Anuar Salehon, 58, berkata, allahyarham ayahnya yang berusia 84 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman diparu-parunya.
Katanya, sebelum ini ayahnya telah dimasukkan ke pusat perubatan swasta tersebut selama 21 hari, setelah dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan yang sama.
“ Arwah ayah meninggal dunia pada pukul 11.45 pagi ini,” katanya ketika ditemui dikediamannya di Kampung Parit Panjang Ayer Baloi, disini, petang ini.
Allahyarham merupakan bekas ADUN Benut dari tahun 1995 hingga 2008 meninggalkan seorang balu dan empat orang anak lelaki dan lima orang cucu serta pernah menyandang jawatan Setiausaha UMNO Bahagian Pontian.-KOSMO! ONLINE