fbpx

Remaja maut ketika cas telefon dalam bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bas ekspres di Terminal Penang Sentral, semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas pada soket dalam bas ekspres di terminal Penang Sentral, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 7.40 petang.

Katanya, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi,18, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pada jam lebih kurang 6.10 petang, salah seorang penumpang telah beritahu kepada pemandu tersebut bahawa mangsa telah menjerit dalam keadaan mulut berbuih sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan awal.

“Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan melecur di jari sebelah kiri disyaki kesan renjatan elektrik semasa mangsa mengecas telefon bimbitnya dan penghujung kabel cair selain peranti tersebut dalam keadaan panas,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 17 saat yang memaparkan mangsa diberikan rawatan awal di dalam bas ekspres terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI