fbpx

Cuti Deepavali berakhir duka, wanita dihanyut kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang wanita dihanyutkan arus deras di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, di Kulim, hari ini

KULIM – Seorang wanita berusia 41 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dikenali sebagai A. Kasthuri berkelah di kawasan sungai itu bersama keluarga sempena cuti Deepavali.

Difahamkan, kepala air yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.02 petang tadi.

“Jentera BBP Kulim Hi Tech dan jentera perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) Kulim kemudian diarahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat seorang mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras akibat kepala air,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, tindakan operasi ketika ini dilakukan secara permukaan air di sekitar sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI