JAKARTA – Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas membakar isterinya dalam kejadian di Indonesia, lapor portal berita Serambinews semalam.
Tugiman, 64, datang seorang sendiri ke Balai Polis Kejuruan Muda, Aceh dan memaklumkan dia baru saja membunuh isterinya.
Dalam laporannya, bapa tiga anak itu mengaku melakukan perbuatan tersebut dengan menggunakan petrol daripada motosikalnya.
Tugiman kemudian ditahan pihak polis.
“Mangsa mengalami kecederaan teruk akibat melecur termasuk di bahagian kepala,” kata Ketua Polis Aceh Tamiang, Muliadi.
Setakat ini pihak polis masih menyiasat motif Tugiman melakukan perbuatan kejam tersebut. – AGENSI