fbpx

MotoGP: Sepang tiada dalam senarai ganti Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SESI latihan pelumba pasukan Prima Pramac Racing, Jorge Martin ketika Kejuaraan Motosikal Dunia 2024 berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam. - AMIR KHALID

SEPANG – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengesahkan tiada sebarang perbincangan untuk mengambil alih perlumbaan penutup tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Valencia, Sepanyol.

Perlumbaan itu dibatalkan akibat bencana situasi banjir buruk yang telah mengorbankan lebih 200 nyawa di wilayah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menyatakan bahawa Dorna, selaku penganjur MotoGP, sedang melakukan penelitian untuk mengumumkan lokasi baharu perlumbaan final musim ini bagi menjaga sensetiviti berikutan tragedi tragis di Valencia.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas oleh bencana banjir di Valencia. Dorna juga sedang mengambil kira sensitiviti tragedi tersebut dan memikirkan sama ada perlumbaan boleh diteruskan atau tidak.

“Mereka melihat tragedi di Valencia telah menyebabkan kerosakan yang amat teruk. Malam tadi mereka juga telah mengumumkan pembatalan perlumbaan itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Azhan, secara teknikalnya perlumbaan final tersebut boleh diadakan di Malaysia, namun terdapat beberapa kekangan terutama bekalan tayar kerana Dorna memerlukan masa lebih sebulan untuk melakukan persiapan.

“Jumlah tayar yang mereka keluarkan di setiap Grand Prix adalah berbeza, jadi untuk mereka kembali ke Malaysia bagi menghasilkan tayar baharu mengambil masa sekitar sebulan. Ini termasuk dua minggu untuk membuat tayar dan dua minggu penghantaran ke setiap lokasi perlumbaan.

“Jika perlumbaan diadakan di sini (Sepang), mungkin pada Disember. Buat masa ini, tiada sebarang perbincangan untuk melakukannya di sini. Mereka mungkin akan mencari litar lain, sama ada di Eropah atau di luar Eropah. 

“Namun, jika mereka memutuskan untuk menganjurkan di Sepang, kami tetap bersedia,” ujarnya.

Aksi final MotoGP 2024 sepatutnya berlangsung pada 15 hingga 17 November ini dan persiapan untuk menganjurkan perlumbaan tersebut telah dilakukan di sana terutama dari segi logistik telahpun sampai di Litar Ricardo Tormo, Valencia.

Akibat pembatalan tersebut, timbul spekulasi bahawa Qatar, Barcelona dan Portimao dalam radar untuk mengambil alih lokasi perlumbaan penutup tirai tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI