fbpx

F1: Verstappen kena penalti grid di Interlagos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN berdepan penalti lima grid perlumbaan selepas Red Bull membuat keputusan melakukan pertukaran unit kuasa jenteranya. - AFP

SAO PAULO – Pelumba Red Bull, Max Verstappen bakal berdepan cabaran sengit terutama untuk mempertahankan gelaran dunia Formula Satu (F1) selepas terpaksa menerima penalti lima grid di Grand Prix (GP) Brazil.

Pasukan Red Bull memilih untuk menukar enjin jentera utama Verstappen sekali gus membuka ruang kepada seterus utamanya, Lando Norris selepas pelumba McLaren tersebut kini berusaha untuk mengejar gelaran dunia F1 selepas hanya ketinggalan 47 mata dalam kedudukan kejuaraan pemandu.

Setelah keputusan hambar di GP Mexico, Red Bull berharap enjin baharu ini dapat membantu Verstappen meningkatkan prestasi dan merapatkan jurang dengan Ferrari dan McLaren.

Ketua Jurutera Red Bull, Paul Monaghan menjelaskan, pihaknya merasakan Litar Interlagos dapat membuka peluang kepada Verstappen memintas biarpun terpaksa mengambil penalti grid.

“Kami telah membuat keputusan untuk menukar enjin bagi memastikan prestasi Max (Verstappen) berada pada tahap tertinggi di GP Brazil.

“Kami tahu ini akan menyebabkan penalti grid, tetapi di Interlagos terdapat banyak peluang untuk memintas. Ini memberikan kami keyakinan bahawa Max masih boleh memberikan saingan sengit.

“Max telah menunjukkan kebolehannya dalam situasi seperti ini, dan kami percaya dia boleh mengatasinya dan mengekalkan momentum kejuaraan,” kata Monaghan.

Dalam perkembangan lain, rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez, turut diberikan casis baharu untuk mengatasi prestasi tidak konsisten yang melanda dirinya sejak beberapa perlumbaan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN