fbpx

Warga emas nyanyuk tinggal 5 hari bersama mayat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang dijumpai di dalam bilik sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah semalam. FOTO IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Seorang warga emas yang nyanyuk dilaporkan tinggal bersama anak lelakinya yang meninggal dunia sejak lima hari lalu di rumah mereka di Taman Selasih di sini.

Kejadian tersebut disedari jiran mereka selepas terhidu bau busuk pada pukul 11.50 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, pihaknya bergegas ke kediaman dua beranak itu selepas menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun.

Menurutnya, anggota polis terpaksa memecah pintu kediaman itu kerana bapa si mati yang berusia dalam lingkungan 90-an tidak boleh membuka pintu.

“Pemeriksaan dalam rumah itu menemukan mangsa yang sudah meninggal dunia dalam bilik di tingkat atas. Tiada unsur jenayah ditemukan dalam kes kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI