PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan khas ke atas penjaja warga asing di sekitar ‘Mini Dhaka’ Jalan Silang, Petaling, Kuala Lumpur.
DBKL menerusi hantaran di Facebook berkata, sebanyak tiga serbuan dilaksanakan di lokasi tersebut pada waktu yang berbeza.
Sebanyak 22 tindakan sita serta-merta telah dilaksanakan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
“Kesemua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong di Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya.
DBKL juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE.