fbpx

Baiki segera jalan berlubang sebelum kena saman – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan berlubang perlu dibaiki segera selepas menerima aduan orang ramai. - GAMBAR HIASAN

PONTIAN – Syarikat konsesi penyelenggaraan di Jalan Negeri perlu mencontohi konsensi penyelanggaraan Jalan Persekutuan berhubung tindakan segera membaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setakat ini masalah jalan berlubang di Jalan Persekutuan telah mencapai 100 peratus pencapaian setelah menerima aduan dari orang awam.

Katanya, kes saman seorang pengguna jalan raya di Jalan Pasir Gudang, Johor Bahru seharusnya menjadi peringatan kepada semua konsensi penyelenggaraan jalan supaya lebih bertanggungjawab.

“Kes yang berlaku di Johor itu, dimana seorang penunggang motosikal yang cedera tiga tahun lalu berjaya memperolegi ganti rugi RM721,000, seharusnya menyedarkan konsesi penyelanggaraan jalan.

“Ini soal nyawa atau kehidupan pengguna jalan raya, mereka juga berhak menuntut keadilan dan sebagai pihak bertanggungjawab sewajarnya tidak cuai dengan tanggungjawab yang diberikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sukan rakyat di Kampung Lubok Sipat, Benut, disini, hari ini.

Tambah beliau, KKR sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi memudahkan penyampaian awam khususnya berkaitan keselamatan jalan-jalan raya di bawah kerajaan Persekutuan.

Katanya, peranan Jurutera Daerah (JD) di Jabatan Kerja Raya (JKR) dituntut supaya peka dengan keadaan jalan di kawasan masing-masing dan mengambil tindakan segera sekiranya menerima aduan. – KOSMO! ONLINE

an ini dicapai bukan sahaja pengguna akan berpuas hati, tetapi dalam masa yang sama dapat mengurangkan kemalangan jalan raya jika berpunca dari kerosakkan jalan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI