SUNGAI BULOH – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sedang dikesan polis selepas dilaporkan hilang sejak 28 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, Muhammad Shahfazreen Shafiq Mohd Shahrin,17, kali terakhir dilihat berada Blok B Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, di sini.
“Mangsa berketinggian 175 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit sawo matang, rambut pendek lurus dan mempunyai tahi lalat di pipi.
“Kali terakhir dilihat, remaja lelaki itu mengenakan pakaian sekolah,” ujarnya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Sarjan Norsamsila Daud di talian 017-870 1889. – KOSMO! ONLINE.