fbpx

Kes buli UPNM: Mangsa diminta gosok baju kerja senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai kadet UPNM yang dibuli dan didera penuntut senior diminta untuk menggosok baju sebelum dadanya ditekap seterika. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai didera penuntut senior diminta untuk menggosok baju sebelum dadanya ditekap seterika.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejadian menimpa mangsa berusia 20 tahun itu berlaku di bilik asrama UPNM pada pukul 11.45 malam, 22 Oktober lalu.

“Pelajar senior yang juga pegawai kadet tahun empat meminta mangsa untuk menggosok baju kerja miliknya.

“Secara tiba-tiba, pelajar berusia 22 tahun itu mengambil seterika yang dipegang mangsa seterusnya menekap dada kanan sebanyak satu kali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin memberitahu, mangsa yang terkejut kemudian menjerit selepas diperlakukan sedemikian.

“Akibat kejadian itu, bahagian dada mangsa melecur. Ketika kejadian, terdapat beberapa pelajar senior di dalam bilik tersebut,” katanya.

Jelas beliau, rakaman percakapan mangsa telah diambil selepas pemuda tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur.

“Mangsa juga diminta untuk menjalani pemeriksaan di hospital bagi mengesahkan tahap kecederaannya,” katanya.

Setakat ini, polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI