RABU lalu, penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Chacha Sherly, 29, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Selepas kematiannya, banyak kisah Chacha mula diperkatakan. Seorang rakan artis, Lis Dahlia memberitahu, Chacha pernah mengalami masalah kewangan yang teruk akibat pandemik Covid-19 sehingga pernah mempunyai keinginan untuk membunuh diri.
“Keretanya pernah ditarik kerana tidak membayar ansuran pinjaman bank,” ujar Lis.
Chacha juga juga enggan masalahnya diketahui ahli keluarga kerana berasa amat malu.