fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa Langkawi, Perlis, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat ialah Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu), manakala di Perak tertumpu sekitar Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak serta Batang Padang.

Cuaca buruk sehingga petang itu juga melibatkan seluruh Perlis serta dua daerah di Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor).

“Keadaan sama juga tertumpu di Johor melibatkan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta sebahagian kecil kawasan Sabah iaitu Tawau (Tawau dan Semporna),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI