fbpx

Kes buli UPNM: Polis mulakan siasatan – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

PETALING JAYA – Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai dibuli serta didera senior tampil membuat laporan polis malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudim Husain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa berusia 20 tahun itu pada pukul 8.23 malam.

Katanya, kes berkenaam disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Mengikut laporan diterima, kejadian dikatakan berlaku pada 22 Oktober lalu pada pukul 11.45 malam di bilik asrama UPNM. Pelajar senior yang juga pegawai kadet tahun empat itu telah meminta mangsa untuk menggosok baju kerja miliknya.

“Secara tiba-tiba, pelajar senior berusia 22 tahun itu telah mengambil seterika dipegang pengadu seterusnya menekap dada sebelah kanannya sebanyak satu kali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, pengadu terkejut dan menjerit selepas diperlakukan sedemikian.

“Akibat kejadian itu, dada kanan pengadu melecur. Ketika kejadian, terdapat beberapa orang senior di dalam bilik tersebut,” ujarnya.

Katanya, rakaman percakapan pengadu telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan pengadu juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi laluan kepada polis untuk menyiasat kes buli babit seorang pegawai kadet di UPNM.

Tegasnya, tiada tolak ansur bagi mereka yang terlibat dalam budaya buli di universiti dan pusat pendidikan sekali gus memberi amaran supaya budaya itu agar dihentikan segera. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI