fbpx

Pemilik KDA FC sedia lepas pegangan saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. DAUD

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mempelawa mana-mana pihak yang berminat memiliki kelab bola sepak itu untuk menghantar surat tunjuk minat (letter of interest) atau surat tawaran (letter of offer) secara rasmi kepada mereka.

Pemilik KDA, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, pemegang saham KDA FC tidak ada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah serta tulen demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC.  

“Berdasarkan laporan media sejak beberapa hari lepas berhubung hasrat sebuah syarikat global untuk membeli keseluruhan kepentingan dan tanggungan KDA FC, pihak kelab amat mengalu-alukan hasrat murni itu. 

“Kesediaan dan keberanian untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC adalah amat dihargai memandangkan perniagaan dalam industri sukan bola sepak terlalu mencabar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, sebuah syarikat yang pernah menyatakan hasrat untuk memiliki pasukan bola sepak KDA masih menaruh harapan agar pelawaan mereka diterima demi mengatasi kemelut kewangan dihadapi Sang Kenari.

Dalam pada itu ujar Mohd. Daud, KDA FC sehingga kini belum menerima mana-mana bantuan atau penajaan yang berimpak tinggi daripada mana-mana pihak dalam menyelesaikan kemelut serta krisis gaji yang tertunggak. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI