fbpx

[VIDEO] Perigi sembuh penyakit diarah tutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zamri menunjukkan lokasi perigi terapi ion di Ulu Sepri kepada pemberita hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

REMBAU – Pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri di sini, yang didakwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dinasihatkan untuk menghentikan operasi buat sementara waktu sehingga keputusan siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) selesai.

Pegawai Daerah Rembau, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, pihaknya juga telah ke lokasi itu Selasa lalu bersama Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Sembilan untuk siasatan terperinci.

Katanya, susulan lawatan ke lokasi, pihak BKSA telah mengeluarkan satu surat arahan kepada pengusaha untuk membuat permohonan Lesen di bawah Akta Air 1920 (Akta 418) dibaca bersama Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007.

“Ini kerana pengusaha menggunakan air sungai yang diabstrak tanpa lesen. Pengusaha telah diberi tempoh selama 14 hari untuk membuat permohonan tersebut di BKSA Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung penggunaan air perigi yang didakwa boleh memberi kesan kebaikan untuk mereka yang menghidapi penyakit kronik seperti strok, urat saraf dan radang saraf.

KKM menerusi aplikasi media sosial X memaklumkan mengambil perhatian serius mengenai isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

@dusunpinang Balik tolak kerusi roda #dusunpinangcampsite #dusunpinang #perigiion #sakitsaraf #sakitsendi #saraf #sakitsendi ♬ nhạc nền – ✅Âm Thanh Edit Video – Sound Effects And Meme 🔥

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI