fbpx

Liga Super: Semangat Selangor tidak berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Selangor terus fokus untuk mempertahankan kedudukan kedua Liga Super menjelang aksi menentang KDA FC biarpun tanpa khidmat Nidzam. - FB SELANGOR FC

PENGURUS skuad Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid percaya moral pemain masih ‘utuh’ dalam usaha memburu tiga mata berharga menjelang aksi bertemu Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Menurut Mahfizul, perubahan pucuk kejurulatihan selepas Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut pada Rabu lepas dipercayai tidak menjejaskan motivasi pasukan.

Mahfizul berkata, sesi latihan yang dikendalikan oleh jurulatih interim, Abdi Hassan sejak kelmarin juga memberikan aura positif dengan pemain begitu semangat untuk menentang Sang Kenari.

“Selepas menjalani beberapa sesi latihan, semua berjalan lancar dan moral pemain semakin baik. Mereka juga sedar dengan misi untuk memburu kemenangan kerana kita bakal mengharungi minggu yang sukar.

“Fokus pemain sudah pasti mahu meraih tiga mata penuh berdepan KDA FC kerana kedudukan Sabah FC ketika ini semakin rapat dan kita terdesak untuk kekalkan posisi sekarang (No. 2 Liga Super.

“Selepas itu, kita akan fokus dengan aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) kerana akan bertandang ke Korea Selatan (menentang Jeonbuk Hyundai Motors) minggu depan,” katanya kepada Kosmo!.

Mengulas lanjut, Mahfizul enggan menyentuh taktikal yang diterapkan oleh Abdi sebaliknya percaya DNA bola sepak Gergasi Merah tidak akan berubah dengan ketara dan mungkin sama dengan falsafah Nidzam seperti sebelum ini.

“Saya rasa mana-mana jurulatih baharu yang dilantik tidak akan mengubah banyak perkara dan Abdi juga bukanlah nama asing di sini kerana beliau sudah lama bersama skuad B-23 sebelum ini.

“Beliau sudah kenal pemain-pemain utama kami dan DNA pasukan juga masih sama dengan semua pembantu jurulatih kekal dengan hanya ditambah oleh Shahrom Kalam sebelum ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI