fbpx

Ruben Amorim anggap saingan EPL terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM percaya sudah tiba masanya untuk mendapatkan cabaran baharu selepas mengakui konsisten dalam saingan Liga Portugal. - FB SPORTING CP

LISBON – Pengendali muda Portugal, Ruben Amorim menganggap cabaran Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah yang terbaik di dunia ketika ini.

Sebagai rekod, Amorim bakal diperkenalkan secara rasmi di Old Trafford pada 11 November depan selepas pihak pengurusan The Red Devils bersetuju untuk menebus kontraknya dengan nilai sebanyak £9.2 juta (RM51.8 juta) pada awal minggu ini.

“Mengenai kancah EPL, saya rasa itu adalah pertandingan yang cukup kompetitif. Secara peribadi, apabila saya sudah konsisten di sini (Liga Portugal), saya pasti mahukan sesuatu yang lebih (mahu berhijrah ke EPL).

“Namun, fokus saya selepas itu adalah untuk membantu pasukan mengharungi aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu Manchester City minggu depan dan saya telah menilai aksi mereka pada perlawanan Piala EFL bertemu Tottenham Hotspur kelmarin.,” katanya,.

Amorim yang baru berusia 39 tahun menjadi pilihan No. 1 United untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Erik Ten Hag selepas pengendali kelahiran Belanda itu dipecat Isnin lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN