fbpx

‘Bercerai dah fikir sampai hangus sebelum buat keputusan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazley memohon ruang daripada orang ramai selepas bercerai dengan bekas isteri, Azrene.

PETALING JAYA – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui rimas dengan sikap segelintir individu terutama golongan lelaki yang kerap campur tangan rumah tangga orang lain.

Menurut Fazley, 46, golongan tersebut seharusnya menjaga rumah tangga sendiri daripada sewenang-wenangnya menitipkan nasihat mengenai perceraian pasangan lain.

“Kepada golongan suami yang masih berkahwin, tidak perlu nak memberi nasihat kepada duda-duda lain bagaimana untuk menjaga isteri.

“Nasihat saya, jagalah isteri sendiri,” katanya dalam Instagram.

Katanya, golongan tersebut tidak perlu menjadi ‘terpaling tahu’ atau berlagak persis agamawan untuk memberi nasihat kepada orang lain.

“Tidak perlu menjadi Pak Maon, suruh kuatkan agama, sudah seperti macam ustaz skibidi bombom dan usah jadi penceramah motivasi nak bagi 88 tip rumah tangga bahagia.

“Setiap perceraian pasti dah difikir masak-masak dan sampai hangus, sebelum membuat keputusan,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Asmara Ini itu mahu orang ramai memberi ruang kepada lelaki yang baru bercerai dan mengambilnya sebagai iktibar.

“Sudah menjadi suratan atau kebetulan ramai pula yang berpisah tahun ini.

“Berilah golongan duda ini ruang juga okey, daripada saya yang bukan Presiden Kelab Duda 2024, Prof. Dato Chef Fazley Yaakob,” katanya lagi.

Terdahulu, pada 15 Oktober lalu, Fazley mendedahkan dia dan Azrene sudah tidak lagi bergelar suami isteri sejak beberapa bulan lalu.

Meskipun berpisah, kasih sayang Fazley terhadap Azrene tetap utuh malah menyifatkan wanita itu sebagai teman hidup.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2006 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13 serta Alayna Selma kini berusia 7 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI