fbpx

Lelaki mengaku pandu Honda Civic curi, cederakan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penyewa kereta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang lelaki yang berpaut pada bonet hadapan kereta tercampak dan mengalami cedera parah.

Tertuduh Muhammad Wan Azhar Azman, 20, yang merupakan pekerja kedai makanan segera membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 2 Disember ini bagi jatuh hukum selain pada tarikh itu mahkamah turut akan mendengar laporan sosial tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu sebuah kereta jenis Honda Civic 1.8 secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang lelaki berusia 28 tahun yang merupakan rakan kongsi pemilik kereta sewa itu berpaut di bonet hadapan kereta sebelum tercampak dan mengalami kecederaan parah.

Ia yang mana perbuatan tertuduh boleh menyebabkan kematian, maka tertuduh akan bersalah bagi kesalahan membunuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lampu Isyarat Lebuh Perdana Timur, Presint 15, Putrajaya pukul 3.40 petang hingga pukul 4 petang pada 23 Oktober lalu yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan yang boleh sampai dua puluh tahun jika sabit kesalahan.

Selain pertuduhan cubaan membunuh, tertuduh turut mengaku bersalah mencuri kenderaan sama milik seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan pemilik kereta sewa itu pada tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi pertuduhan itu memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang setahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin tidak mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin kerana kedua-dua pertuduhan berkenaan tidak boleh dijamin.

Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan, ahli keluarga tidak hadir ke mahkamah untuk proses ikat jamin.

“Sebelum ini saya tinggal di asrama yang disediakan oleh majikan di Cyberjaya,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Azrul tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 Disember ini untuk fakta kes dan jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI