fbpx

Pagar sempadan robek mudahkan penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pagar keselamatan yang dipotong di kawasan Chuping, dekat Padang Besar.

PADANG BESAR – Keadaan pagar sempadan yang usang dan mudah dirobek di sepanjang garis sempadan antarabangsa di negeri Perlis di semua memberi ruang dan peluang kepada jenayah rentas sempadan berlaku dengan mudah.

Tinjauan selama lima jam di laluan keselamatan sepanjang kira-kira 50 kilometer(km) mengesan kira-kira 10 bekas lubang pagar yang ditebuk sindiket penyeludupan telah ditampal atau dihadang.

Tampalan atau hadangan berbentuk kawat duri, dahan lama dan serpihan pintu plastik terpaksa digunakan untuk menutup lubang tersebut buat sementara waktu oleh Pasukan Gerakan Am yang membuat rondaan di kawasan tersebut.

Selain itu difahamkan kawasan laluan keselamatan yang diuruskan dan diselanggara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilihat dipenuhi semak samun yang berpotensi untuk sindiket penyeludupan menyorok sebelum bertindak menyeludup barangan atau migran.

Terdapat juga kesan kerosakan pagar sempadan yang usang berusia lebih 30 tahun dan berkarat itu akibat kejadian semula jadi seperti ditimpa dahan pokok yang patah.

Jika ditinjau dari sebelah Thailand, kedudukan pagar sempadan negara di kawasan Chuping terletak kira-kira 20 meter dengan jalan raya awam di negara itu yang memungkinkan penyeludupan berlaku dengan mudah.

Untuk rekod, garis sempadan darat negara yang dilakukan oleh PGA adalah 106.3km bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga Pos Batu Putih di Kuala Perlis.

Sepanjang 98.2km sempadan berada di dalam Kawasan Tanggung Jawab (KTJ) negeri Perlis bermula dari Pos C32 di Chuping hingga Pos Batu Putih.

Daripada jumlah itu, sepanjang 45km kawasan tidak berpagar kerana bentuk muka bumi berbukit serta hutan tebal yang menjadi benteng semulajadi di mana rondaan berjalan kaki dilakukan PGA.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI