fbpx

Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Mahkota Ismail (dua dari kiri) telah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim semakin hampir untuk membantu pulihkan ‘maruah’ skuad Harimau Malaya selepas bersedia untuk menjalinkan kerjasama tidak lama lagi.

Menerusi tangkap layar yang tular di media sosial hari ini, Tunku Mahkota Ismail telah membalas pertanyaan netizen dengan memberikan bayangan mengenai apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” balas Tunku Mahkota Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Situasi tersebut bakal menyaksikan Tunku Mahkota Ismail yang pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) terbuka untuk menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan mutu bola sepak kebangsaan.

Spekulasi semakin hangat apabila Tunku Mahkota Ismail bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin baru-baru ini.

Sebelum ini, Anwar telah memberikan peruntukan sebanyak RM15 juta buat FAM bagi memperkasa kembali skuad Harimau Malaya untuk menjadi salah satu pasukan terbaik di rantau ASEAN.

Sebagai rekod, Tunku Mahkota Ismail sebelum ini pernah menjadi menjadi Presiden FAM pada 2017 sebelum membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada 2018 dan digantikan dengan Hamidin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI