fbpx

Kes seksual libat kanak-kanak meningkat 26.5 peratus tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bilangan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 26.5 peratus pada 2023 kepada 1,567 kes berbanding 1,239 kes pada 2022.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan berkata, kesalahan amang seksual secara fizikal pada 2023 merekodkan peningkatan ketara sebanyak 21.1 peratus iaitu 1,389 kes berbanding 1,147 kes pada 2022.

“Kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-masing merekodkan 91 kes dan 67 kes pada 2023,” katanya menerusi statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2024 yang diterbitkan hari ini.

DOSM berkata, daripada perspektif perlindungan kanak-kanak, bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2023 meningkat 26.1 peratus kepada 8,536 kanak-kanak berbanding 6,770 kanak-kanak pada 2022.

“Bilangan kanak-kanak perempuan mencatatkan lebih ramai yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan iaitu 5,418 kanak-kanak berbanding kanak-kanak lelaki (3,118 kanak-kanak).

“Namun, kanak-kanak lelaki yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan mencatatkan peningkatan lebih tinggi iaitu 26.4 peratus berbanding kanak-kanak perempuan (25.9 peratus) dalam pada tempoh yang sama,” ujarnya.

Dalam aspek tahap kesihatan ujarnya, kanak-kanak didapati Certain conditions originating in the perinatal period kekal menjadi sebab kematian utama (disahkan secara perubatan) bagi kanak-kanak kurang daripada lima tahun pada 2023 dengan 36.4 peratus.

“Ia diikuti Congenital malformations, deformations and chromosomal abnormalities (27.5 peratus), Pneumonia (2.6 peratus), Transport accidents (1.5 peratus) dan Meningitis (0.7 peratus),” katanya.

Dari segi aspek pengambilan pelalian, statistik itu memaklumkan, liputan bagi semua jenis pelalian kepada bayi semakin baik pada 2023.

“Hepatitis B mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 10.6 peratus kepada 107.7 peratus berbanding 97.1 peratus pada 2022.

“Ini diikuti oleh Polio, DTP (Difteria, Tetanus dan Pertusis) dan HIB (Haemophilus Influenza Type B) masing-masing meningkat sebanyak 10.5 peratus kepada 107.7 peratus berbanding 97.2 peratus pada 2022,” jelasnya.

Manakala, untuk BCG (Bacillus Calmette-Guerin) merekodkan peningkatan terendah iaitu 1.0 peratus kepada 98.7 peratus 2023 berbanding 97.7 peratus 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI