fbpx

Jambatan runtuh ketika sambut ahli politik, 7 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk tempatan berkumpul untuk menyelamatkan mangsa dalam kejadian jambatan runtuh di Pulau Banda pada 30 Oktober lalu. - Jakarta Globe

JAKARTA – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah jambatan tepi laut runtuh di wilayah Maluku Tengah, timur Indonesia, lapor agensi berita Anadolu semalam. 

Kejadian berlaku apabila beratus-ratus orang berkumpul di atas jambatan atau jeti lama untuk menyambut ketibaan seorang ahli politik tempatan, Andi Munaswir, di Pulau Banda. 

Bagaimanapun, jambatan itu runtuh secara tiba-tiba dipercayai  akibat kapasiti berlebihan. 

Ahli politik tersebut dijadualkan berucap pada perhimpunan awam berhubung pilihan raya tempatan yang akan datang.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Banda Naira dengan bot laju untuk rawatan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI