fbpx

‘Jangan kahwin, jauhkan diri daripada pendera sebelum terlambat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila Amzah mengimbau memori pahit lama dirinya pernah berdepan dengan penderaan fizikal namun tidak diperincikan secara jelas kejadian terbabit.

PETALING JAYA – Terpanggil mengulas isu penderaan fizikal, penyanyi Shila Amzah terkilan apabila sesetengah pihak mengambil ringan tentang isu berkenaan.

Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 34, menganggap perbuatan kejam sedemikian bukanlah sesuatu yang perlu dinormalisasikan.

“Saya tak faham mereka yang menormalisasikan penderaan dan memperlekehkan individu yang sedang berusaha untuk menyembuhkan diri mereka.

“Saya bimbang untuk pasangan, anak-anak, keluarga atau rakan-rakan mereka yang terpaksa berada bersama seseorang yang langsung tiada empati.

“Penderaan tidak seharusnya dinormalisasikan dan tak sepatutnya dipandang remeh,” katanya dalam hantaran Threads.

Luahan tersebut dipercayai berkaitan perkongsian gambar matanya yang lebam dipercayai menjadi mangsa penderaan.

Pelantun lagu Memori Tercipta itu turut memaklumkan hantaran tersebut dibuat semata-mata mahu memberikan kesedaran terhadap orang ramai tentang isu berkenaan.

“Saya kongsikan kisah saya untuk memberi galakan kepada mereka yang pernah mengalami penderaan pasangan sebelum berkahwin agar menjauhkan diri sebelum terlambat.

“Perkahwinan itu sukar tetapi untuk melepaskan diri selepas berkahwin lebih sukar.

“Ini bukan tentang jantina, lelaki atau perempuan, jangan kekal bersama pendera,” jelasnya.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi ND Lala itu mendedahkan bahawa Pulau Pinang pernah menjadi tempat yang menghantui dirinya selepas berdepan dengan detik hitam satu ketika dahulu.

Dalam satu hantaran lain, ibu kepada dua orang anak itu juga memuat naik gambar yang memaparkan matanya bengkak dan lebam seakan ditumbuk seseorang.

Namun, Shila tidak berkongsi secara terperinci mengenai insiden itu atau individu dimaksudkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI