fbpx

Jual set kopi antik Geisha RM3,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin menunjukkan koleksi teko Aladin ketika ditemui di Kampung Batu 26, Pekan Nanas di Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang peniaga barangan antik mengeluh apabila pendapatannya merudum sehingga 80 peratus akibat la­rangan rentas negeri dan daerah ekoran wabak Covid-19 pertengahan tahun lalu.

Kamarudin Abdullah, 50, mendakwa, pendapatannya menjunam hingga RM1,000 sebulan berbanding RM4,000 sebelum larangan itu dikuatkuasakan.

Katanya, minatnya bertukar kepada perniagaan itu selepas mendapati barangan antik mempunyai kelompok tersendiri yang sanggup membeli pada harga mahal.

“Kali pertama barang antik milik saya dapat permintaan dan dijual ialah set Geisha atau set kopi pada tahun 2007 de­ngan harga RM350 iaitu satu teko, enam cawan, enam piring kuih dan tempat susu.

“Set Geisha yang paling mahal pernah dijual iaitu RM3,600 yang berwarna biru diraja serta mempunyai motif naga kepada pembeli dari Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Batu 26 Pekan Nanas di sini baru-baru ini.

Tambahnya, minat mengumpul barangan atau koleksi lama timbul sejak dibangku sekolah pada tahun 1980.

Menurut Kamarudin, minat itu diteruskan dengan membeli barangan seperti perabot, jam, radio, barangan tembaga, ge­robok solek, dulang tembaga dan sebagainya.

“Harga bagi satu set gerobok solek baba dan nyonya Melaka dianggarkan berharga RM5,000, Grand Father Clock (RM3,000), teko Aladin (RM500) dan jam dinding tahun 1960 berharga RM400,” katanya.

Ujar Kamarudin, dia turut membuka pusat jualan di Bandar Baru Bangi, Selangor dan laman sosial Facebook bagi memudahkan orang ramai mendapat barangan yang diminati tanpa berkunjung ke negeri ini.

Selain jualan, perniagaan Kamarudin juga menawarkan sewaan kepada mana-mana pihak termasuk produksi filem dan drama untuk menggunakan barangan lamanya seperti pada set Sepahtu Reunion, Mamat Khalid Produksi dan sebagainya.

Katanya, walaupun berhadapan dengan isu Covid-19, dia tetap akan meneruskan perniagaan tersebut kerana tidak ramai peniaga sepertinya ketika ini tetapi permintaan daripada pembeli sentiasa ada pada setiap masa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI