PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan dan kelengkapan perayaan Deepavali kepada Jayalechmi.
Menerusi hantaran di aplikasi Facebook semalam, Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi pada sesi Ziarah Madani.
Anwar berkata, semoga bantuan yang diberikan kepada Jayalechmi dapat meringankan beban yang dihadapinya.
“Puan Jayalechmi bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan suaminya pula bekerja sebagai kelindan lori perlu menyara empat orang anak yang masih bersekolah rendah.
“Moga sumbangan ini meringankan beban kehidupan dan memeriahkan lagi sambutan kehadiran Hari Deepavali pada kali ini,” katanya pada hantaran itu. – KOSMO! ONLINE