fbpx

Gaduh dengan keluarga punca terjun Jambatan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menyelamatkan warga emas yang terjun dari Jambatan Pinang Pinang, petang tadi.

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga emas berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas nekad terjun Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau di sini petang tadi.

Mangsa berusia 66 tahun itu ditemui dalam keadaan terkapai-kapai berdekatan tiang bawah jambatan sebelum ditarik anggota penyelamat naik ke atas pelantar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.30 petang.

Menurutnya, tindakan wanita itu disedari pengguna orang awam sebaik dia meninggalkan kereta jenis Honda Jazz di tepi jambatan sebelum terjun.

“Seorang anggota bomba diturunkan bagi menyelamatkan mangsa. Pergerakan mangsa itu terbatas kerana kakinya tersangkut dalam lumpur.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sedar dan memaklumkan punca dia bertindak demikian kerana bergaduh dengan keluarga,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Rohaizal memberitahu, wanita itu kemudian dibawa ke Jeti Polis Marin, Batu Uban dan diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau tertekan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI