fbpx

EFL: Aksi pemain muda undang pujian Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NWANERI (tengah) meledak satu gol ketika Arsenal meloloskan diri ke pusingan suku akhir EFL menewaskan Preston awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Kemenangan 3-0 ke atas Preston North End pada aksi Piala Liga Inggeris awal pagi semalam membuktikan Arsenal memiliki ramai pemain berbakat untuk diberi peluang bermain di pentas tertinggi.

Pengurusnya, Mikel Arteta nyata gembira dengan sumbangan Ethan Nwaneri yang turut menyumbangkan satu gol buat The Gunners.

“Dia (Nwaneri) sudah lakukannya ketika latihan dan kami pastinya terbiasa dengan semua ini. Dia memiliki bakat besar dan mempunyai sikap yang bagus, malah kami juga kena pastinya dia mampu jadi lebih baik.

“Pada asasnya kami kini mempunyai beberapa pemain yang boleh diangkat. Sekarang dia akan tentukan berapa cepat dia mampu ke tahap tertinggi namu secara jelasnya saya begitu gembira dengan prestasinya.

“Dia mahu menyerlahkan dirinya walaupun dia agak pendiam namun semua itu adalah perkara biasa bagi pemain berusia 17 tahun. Etika kerjanya cukup baik dan saya fikir dia sudah serlahkan apa yang dia mampu,” katanya.

Pada perlawanan itu, Gabriel Jesus juga kembali menghasilkan jaringan buat Arsenal, malah Kai Havertz turut memainkan peranan besar ketika menyumbangkan jaringan ketiga pasukan.

“Sudah lama sejak kali terakhir dia (Jesus) menjaringkan gol. Saya fikir gol itu akan membantu mentalnya untuk menjadi lebih baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI