fbpx

EFL: Sentuhan pertama Nistelrooy memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berjaya melangkah ke suku akhir saingan EFL selepas mencatat kemenangan bergaya membenam Leicester awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengendali sementara Manchester United, Ruud Van Nistelrooy masih berhasrat kekal di Old Trafford untuk bekerjasama dengan pengurus baharu yang akan dilantik oleh pasukan selepas ini.

Komitmen itu dizahirkan ketika melepasi ujian pertamanya apabila memastikan kemenangan 5-2 ke atas Leicester City pada aksi Piala Liga Inggeris awal pagi semalam.

“Saya datang sebagai pembantu untuk menolong kelab dan sekarang saya pegang peranan ini (pengendali sementara). Saya akan sentiasa membantu selagi saya diperlukan, tidak kiranya atas kapasiti apa.

“Semua orang di sekeliling saya mahukan yang terbaik buat kelab ini dan itu tidak akan pernah berubah. Saya juga akan berikan apa saja untuk bantu kelab,” katanya.

Pada perlawanan kali ini, Casemiro dan Bruno Fernandes masing-masing menyumbangkan dua gol diikuti satu jaringan Alejandro Garnacho manakala gol The Foxes dijaringkan Bilal El Khanouss serta Conor Coady.

Nistelrooy juga percaya kemenangan kami ini akan membebaskan pasukan daripada apa juga tekanan selepas sering dihimpit isu prestasi sebelum ini.

“Apabila anda melihat detik seperti ini, sudah pasti kami dapat kongsikan dengan pemain dan penyokong. Ia akan melepaskan segala tekanan dan saya juga gembira untuk melihat prestasi Casemiro,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI