fbpx

372 individu dikompaun kerana ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 372 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti pusat hiburan (105), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (95), tidak memakai pelitup muka (93), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (76) dan lain-lain (tiga).

Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan itu dikenakan kompaun.

“Selain itu, Operasi Benteng yang dijalankan semalam turut menahan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas sembilan buah kenderaan darat.

“Sebanyak 113 Sekatan Jalan Raya (SJR) turut dilaksanakan semalam,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata, setakat semalam, seramai 101,158 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai tahun lalu.

Menurutnya, kesemua telah ditempatkan di 80 Hotel dan 17 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta terpilih di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 8,172 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 92,446 individu telah dibenarkan pulang,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI