fbpx

Liverpool lunas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL mara ke pusingan seterusnya Piala FA selepas menundukkan Villa awal pagi semalam. – AFP

BIRMINGHAM – Pengurus Liver­pool, Jurgen Klopp gembira dengan kemenangan 4-1 ke atas Aston Villa pada aksi Piala FA di Villa Park awal pagi semalam.

Beliau menganggap kemenangan itu sebagai kebangkitan selepas tewas 0-1 kepada Sout­hampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St. Mary minggu lepas.

Bagaimanapun, Villa yang turun sebagai tuan rumah hanya menurunkan pemain-pemain muda pada perlawanan tersebut selepas skuad utamanya berdepan Covid-19.

“Hari ini (semalam) kami bermula agak perlahan kerana gagal melakukan hantaran serta pergerakan dengan baik, lebih-lebih lagi bertemu pasukan yang menggunakan taktik bertahan.

“Bagaimanapun, semua pemain mula menunjukkan permainan sebenar pada separuh masa kedua apabila mencipta banyak peluang menjaringkan gol,” kata bekas pengendali Borussia Dortmund itu.

Pada perlawanan itu, The Reds memperoleh empat gol menerusi dua jaringan Sadio Mane serta masing-masing satu gol sumbangan Georginio Wijnaldum dan Mohamed Salah sementara gol Villa dijaringkan Louie Barry.

Liverpool sebelum ini dimalukan dengan kekalahan 2-7 kepada Villa pada saingan Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI