fbpx

[VIDEO] Aduh anakku – Tengku Ampuan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Gelagat Putera Raja Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sering kali menarik perhatian netizen.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan Tengku Muhammad Iskandar ‘mengusik’ isterinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan ketika sesi bergambar selepas berlangsungnya Istiadat Malam Berinai pasangan terbabit.

Gelagat Tengku Muhammad Iskandar tersebut turut mengundang komen daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Aduh Anakku!,” tulis komen Tunku Azizah.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata rakyat terhibur melihat sikap Tengku Muhammad Iskandar yang gemar bergurau.

“Nakal sungguhlah Tengku Muhammad ni,” kata Waheeda.

“Tengku Natasya Puteri akan jadi isteri yang bahagia sebab dapat suami suka bergurau, tetapi penyayang seperti Tengku Muhammad”, kata Nurefa.

“Tengku Muhammad memang suka mengusik sesiapa saja, sekarang tambah boleh usik isteri pula,” kata Cicie.

“Baru perasan muka Tengku Natasha bentuk bulan, tandanya bertuah,” puji Nana.

Sehingga kini video berkenaan telah meraih 5 juta tontonan. – KOSMO! ONLINE

@tgamirul_Istiadat perkahwinan diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah & YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan♬ Bermuara – Rizky Febian & Mahalini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI