fbpx

27 kluster masih belum diisytihar tamat di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Orang ramai khususnya di negeri ini dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, sehingga kini terdapat 27 kluster yang masih belum diisytiharkan tamat di negeri ini.

Malah menurutnya, sehingga pukul 12 tengah hari ini, terdapat pertambahan kes bagi empat kluster iaitu kluster Penjara Jalan Harapan dengan penambahan 298 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 906 kes dan Kluster Ceram penambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kesuluruhan 891 kes.

“Manakala, kluster Tasik Utama pula penambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kesuluruhan 60 kes dan kluster Jalan Rasah penambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kesuluruhan 42 kes.

“Secara keseluruhannya, hari ini terdapat 351 kes baru positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,863 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Veerapan berkata, dari jumlah kumulatif tersebut, 7,825 kes telah sembuh dan discaj, 1,021 kes yang masih menerima rawatan di wad dan 17 kes telah meninggal dunia.

Menurutnya, terdapat 1,312 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

“Bagi pecahan kes baharu harian mengikut daerah pula, daerah Jelebu sebanyak 291 kes, Seremban 52 kes, Port Dickson enam kes dan Rembau, dua kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI