fbpx

Rezeki 2,357 bekas banduan di Kelantan dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamid (belakang, empat dari kiri) bergambar bersama banduan Penjara Sungai Udang, Melaka yang menjuarai persembahan teater Program Muzikal Muhibah dan Suara Dari Lembah Harapan Peringkat Penghuni Zon Semenanjung Malaysia 2024 di PPA Machang, hari ini. Foto ROHANA ISMAIL

MACHANG – Seramai 2,357 banduan di Kelantan yang dibebaskan secara berlesen sudah mendapat peluang pekerjaan sepanjang tahun ini.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha berkata, daripada jumlah itu, hanya lima orang banduan masuk semula ke penjara.

Katanya, semua banduan tersebut diberi peluang untuk bekerja di negeri ini selepas majikan yang terlibat menerima baik kehadiran mereka untuk berada dalam syarikat tertentu.

“Ramai yang bekerja di pusat membasuh kereta, makan gaji di resort, kedai makan dan menjadi tukang menempa barangan perak. Tidak kurang juga ada yang menceburi bidang perniagaan,” katanya di Majlis Perasmian Penutupan Program Muzikal Muhibah dan Suara Dari Lembah Harapan Peringkat Penghuni Zon Semenanjung Malaysia 2024 di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamid memberitahu, pihaknya menjangkakan seramai 2,600 banduan secara berlesen dibebaskan hingga hujung tahun ini.

“Seramai 1,800 banduan dibebaskan secara berlesen pada tahun lalu. Jumlah banduan di dua penjara di Kelantan iaitu Penjara Pengkalan Chepa dan PPA Machang ketika ini adalah seramai 7,027 orang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI