fbpx

Pelajar junior disuruh minum minyak semasa minggu orientasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan aktiviti semasa minggu orientasi. - Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sekumpulan pelajar baharu sebuah politeknik di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur didakwa dipaksa minum minyak ketika minggu orientasi, lapor laman berita Detik semalam.

Dalam video tersebut, beberapa mahasiswa dilihat meniarap dan duduk di tepi pantai.

Seorang pelajar senior kemudian didengari menjerit ke arah mereka sebelum dia didakwa menyuruh mereka minum minyak.

“Waktu anda semua sangat berbeza dengan kami dahulu. Kami dahulu disuruh minum minyak,” kata pelajar senior tersebut.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen dengan ramai yang mengecam aktiviti orientasi seumpama itu.

“Kegiatan orientasi sepatutnya bersifat membimbing dan membangun, bukannya merosakkan mental pelajar junior,” kata seorang netizen.

Ia kemudian mendapat maklum balas pihak politeknik tersebut.

Wakil Rektor III Bidang Kerja Sama dan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Negeri Kupang, Jems Sine berkata, pihaknya telah menonton video tular itu. 

Menurutnya, video itu dirakam oleh pelajar senior yang mengikuti aktiviti tersebut untuk tujuan dokumentasi.

Namun menurut Jems, apa yang ditulis di media sosial berbeza dengan keadaan sebenar.

“Kata-kata yang dikeluarkan oleh pelajar senior tersebut ditakrifkan seolah-olah mereka memaksa pelajar junior minum minyak.

“Mereka sebaliknya hanya menyapu minyak di muka pelajar baharu dan tidak memaksa junior minum minyak,” jelasnya. – AGENSI 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI