MONTPELLIER – Pemain ping pong muda Perancis, Felix Lebrun berjaya lakar kejutan menjuarai Kejohanan Ping Pong Dunia Montpellier pada aksi final awal pagi semalam.
Kejohanan itu menyaksikan kemunculan dua juara baharu apabila Lebrun mendominasi kategori perseorangan lelaki, manakala pemain Jepun, Satsuki Odo, menjuarai perseorangan wanita.
Kemenangan itu memberikan kedua-dua pemain 1,000 mata berharga dalam Peringkat Dunia ITTF, sekali gus melonjakkan kedudukan ranking mereka.
Aksi cemerlang itu diteruskan di pentas final dengan kemenangan 4-1 yang penuh keyakinan ke atas pemain Jepun, Tomokazu Harimoto (11-7, 11-9, 11-6, 8-11, 11-4).
Kejayaan itu menyaksikan musim luar biasa bagi Lebrun selepas mencatat dua gelaran perseorangan Siri Kejohanan WTT musim ini. – AGENSI