fbpx

RM5.3 juta untuk baiki jalan Lojing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zulkefly (kanan) meninjau kerosakan jalan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Jabatan Kerja Raya menganggarkan kos sebanyak RM5.3 juta diperlukan bagi kerja-kerja membaik pulih jalan di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing yang terjejas akibat tanah runtuh dan banjir lumpur Ahad lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman berkata, kos itu diperlukan segera untuk kerja baik pulih kritikal di sepanjang laluan berkenaan terutamanya bagi menyelesaikan masalah laluan terputus dan rosak yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Katanya, kerosakan itu memerlukan pembaikan menyeluruh dan bergantung kepada cuaca untuk menyiapkannya.

“Setakat ini, Tanah Tinggi Lojing masih hujan dan kita mengesan runtuhan baru di kawasan kejadian menyebabkan tidak dapat lakukan kerja-kerja pembinaan jalan.

“Paling utama ketika ini adalah untuk kita membuat dahulu laluan sementara bagi kemudahan pengguna jalan raya dari Gua Musang untuk ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak,” katanya selepas melawat lokasi jalan yang rosak akibat kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Tanah Tinggi Lojing di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI